Alasan menarik!
| More
Salam bicara..

Alhamdulillah..syukur pada yang Maha Esa..

Entri ini bertujuan memaparkan beberapa alasan menarik yang aku dapati dari adik bongsuku, Muhammad 'Afif..


Situasi 1..
Tempat : J Krust di Kiosk Bertam
Tujuan : Makan-makan..

Afif dengan penuh selera menjamah makanan yang dipinta. Satu set Quarter Chicken with 2 sidelines mengikut aku kerna lazimnya apa yang dipinta daku menarik dan kena dengan seleranya. Setelah beberapa ketika menjamah, dia kelihatan semakin perlahan menjamah makanannya.

Aku : Afif, cepat makan, habiskan ye..
Afif : (dengan gaya menepuk-nepuk lengannya) Hmm...banyak nyamuk kat area ni eh..susah nak makan..
Aku : Ha..tu tak habis makanan la tu..
Afif : La..betul la..banyak nyamuk ni..

Alasannya..banyak nyamuk..sedangkan aku tak merasakan kehadiran barang seekor nyamuk pun di kawasan tu..akhirnya, seperti yang dijangka, makanannya tidak habis..

Situasi 2..
Tempat : Meja makan di rumah
Tujuan : Makan tengahari

Mama sediakan lauk pauk untuk makan tengahari, ada lauk daging masak cabai cuka, lobak putih masak lemak dan ikan goreng tepung. Sebelum turun makan, dikhabarkan oleh Afif, mama menyediakan megi. Aku rasa agak pelik bila dikhabarkan demikian, tapi tak ambil pusing sangat. Setiba di meja makan, aku nampak lauk-lauk yang menyelerakan dan semangkuk megi. Pokoknya, Afif yang buat megi tu dan meminta aku merasa. Ok, rasa sedap dan aku teruskan agenda makan nasi putih berlauk..

Punya khusyuk makan, tiba-tiba Afif bersuara..

Afif : Hmm..pack megi yang sekarang ni besarkan?..
Aku : (blur seketika)...Ha tu tak habis la tu ya..
Afif : Eh..betul..banyak megi die..

Aku dalam hati geram je mendengar alasan dia..Afif, yang banyak mengelat..siapa ajar?..
:p
Jom makan!
| More
Image Hosting by Picoodle.com
Nasi Daging Herba


Image Hosting by Picoodle.com Nasi Karot Herba Daging Ros

Image Hosting by Picoodle.com Nasi Karot Herba Ayam Ros

Heee..sebahagian dari peningkat selera meningkat ingin menjamah.. Ayuh! Makan tengahari..

Restoran Nasi Daging Herba

Sudah terlalu jauh aku dengan blog ini..
| More
Assalamualaikum..

Salam bicara, setelah beberapa ketika..aku kini punya ruang untuk terus berblog. Alhamdulillah..

Terlalu banyak untuk dicerita untuk diluah, tapi aku kirakan yang sudah itu, sudah lah..biar ia berlalu cuma jangan dilupa kerna ia adalah sebahagian dari hidup kita..

Aku masih seperti dulu..cuma untuk seketika dihimpit kekeliruan dan kecelaruan dalam meneruskan agenda khalifah di muka bumi..hari-hari berlalu dihabiskan di restoran. Melihat pelbagai keletah manusia..pelbagai ragam dan menimba pelbagai pengalaman..
Yang pasti..ianya menyeronokkan..
:)

Hujung minggu ini, ikut perancangan akan pulang ke kampung Kedah, sebelah ayah. Ziarah makcik yang baru melahirkan anak..rindu kampung! kebetulan Penang cuti pada Sabtu ini sempena TYT sambut Hari Lahir.. :p

Ayuh ke Kedah.. hehehe..

Aku akan kembali menulis dan terus menulis di ruang maya ini!